Sunday, November 22, 2015
Blank Page II
Cerita baru yang aku tunggu untuk memenuhi ruangan ni,
Telah dipenuhi semula secara perlahan lahan.
Sebuah kehidupan, harapan, dan cita-cita,
Dan juga seseorang yang datang tanpa diundang...
Aku terlalu sibuk dengan dunia aku,
Aku terlalu sibuk dengan kerja aku,
Aku terlalu sibuk dengan student life aku.
Masa? Padat.
Tapi,
Dalam aku sibuk mengejar cita-cita aku,
Dalam aku sibuk mengejar kehidupan aku,
Dalam aku sibuk mengejar harapan aku,
Aku tak sedar ada seseorang yang akan mengetuk pintu hati aku.
Tembok yang aku bina selama beberapa tahun,
Akhirnya...
RUNTUH.
Ya, Runtuh.
Walaupun tak sepenuhnya,
Tapi....tetap runtuh.
Aku terfikir,
Kenapa benda ni berlaku?
Sedangkan aku langsung tak bersedia.
Aku keliru.
Wahai cerita baru,
Ya, aku memang tunggu kau.
Tapi, adakah ini masanya?
Thursday, October 15, 2015
GENG
But, ada je aku berkawan dengan perempuan dekat kolej ni. Cuma, tak rapat. Tegur bila dalam class je. Tak, aku bukan loner, cuma aku lagi selesa kalau sorang2 sebenarnya. So, aku takde lah terpesong dari fokus yang aku cuba kekalkan dari awal semester. Plus dari awal aku masuk kolej ni lagi aku macam tak heran sangat kalau takde kawan pun. Lagipun aku ni kan spesis nomad. Hidup pindah randah dari dulu ni yang buatkan aku senang nak adapt dengan environment baru dan juga manusia baru. Takde kawan tu perkara normal. Tapi sepanjang aku hidup sebagai orang nomad ni kan, takde lah pulak aku takde kawan. Ada je. Okay, back to the topik, masalah aku sekarang ni, aku ni part time student je. And most of the assignment kena buat dalam group. So, nak tak nak aku kena lah cari group member. First semester memang aku ada group aku tau, tapi kan, dorang semua dah blah dari kolej ni. Tinggal lah aku sorang terkapai kapai cari group member yang lain. Sedih tak cerita aku? Mohon nangis skali dengan aku. Hahahaha
So, nak dijadikan cerita, group aku semua ni blah tak bagi signal or amaran dekat aku tau. Dah lah nak kena buat poject video untuk subject French. Nak tak nak, aku join satu group member ni yang pada hemat aku, aku ni boleh dikatakan okay jugak lah dengan dorang. So, apa masalahnya? Masalahnya group baru ni semuanya lelaki. Hmm...dah terdesak. Masuk jela. Nak masuk group lain yang perempuan je semua, aku tak rasa dorang nak terima aku. Nama pun aku tak tahu, muka lagi lah aku ingat ingat lupa. Kejap lagi krikk krikk sorang2. Heh.
So, siapa geng baru aku? Kalau aku cakap, korang jangan tak percaya plak..
Nama dorang, Paul Walker, Vin Diesel, Dwayne Johnson, Tyrese Gibson, and Ludacris. Haaaaa... tak percaya lagi? Takpe lah, tengok lah gambar bawah ni k. Hewhewhew~
Okay guys, jangan kecam hakak k. Huahuahuaaaa~ XD
Here's the link for our French video >> (will provide it soon)
Wednesday, August 5, 2015
5:10 AM, Ahh...Mimpi...
Sunday, July 26, 2015
Because that is how she love you.
You are wrong.
She might be cold but she really want to be the warmest person for you. But when she try to be one, you spoiled that. So taste her coldness then.
She ignore your joke and not laughing at all? She really want to laugh but your joke are really stupid and she cannot laugh. This showed how sincere she is. Yes, the sincerity is all you can count on. Hahaha
She really don't want to care about you. (You can trust this statement). She really don't want because that is really troublesome. But, her heart can't resist to not to care about you. Don't worry, she always care about you from far far away~ (She will stalk your social network. Stalk everything about you. She is scary. Don't ya think? Hewhew)
She never ask if you are okay or not?
She want to ask you. But if she ask you, will you answer it? Maybe you will only answer "Nothing." or you will just give her the 'bluetick'. You know, the thoughts to ask "are you okay?" is always there. So, just tell her if you really need her to lend the shoulder. But, after that please bayar sewa mengikut berapa jam you pinjam ya. No free things in this world. Muahaha.
What's more complicated is,
It is hard for you to know what is on her mind or heart.
Monday, July 13, 2015
[Who Are You: School 2015 OST] Baechigi ft. Punch - Fly with the wind (English Translation)
Everyone around me is leaving
Seats are emptying one by one
I blame myself for just watching
There's no way anyone would listen to me
Slowly getting farther away and isolated
Now everyone has left, I'm a lonely island
But rush time that is passing slowly
If I hold it in, will they recognize it?
Will someone warmly tell me it's alright?
tears are about to fall down.
When the lonely night comes,
should I fly in the wind, go somewhere?
I will stay by your side.
I swallow in the familiar loneliness
The fairy tales I've drawn as a child get colored with gray
Disappearing behind the memories
Even if I call out with a small voice
There's no use, I'm losing it again
They brought me here
Where not even light laughter is allowed
This cruel world became something I have to handle alone
A space where you can't share sadness or the smallest joys
Happiness is like a weak flower at the edge of a cliff
I'm scared to hold out my hand
My steps have stopped, there's no place to rest
Wandering around without a plan
Fixing my clothes in this cruel cold
Will scars be waiting for me at the end of this darkness?
Or will someone hold my hand?
Tears are about to fall down.
When the lonely night comes,
Should I fly in the wind, go somewhere?
I will stay by your side.
I know your painful scars,
I'm your fortress,
You need me when you're breaking down.
It's too sad to wither as a flower yet unblossomed.
Tomorrow, you will blossom again.
I'm trapped in this reality that has no mellow moments
Give me a drink of water
Are just passing by.
Sunday, April 5, 2015
Saturday, April 4, 2015
One Soundless Night
Tears fall down.
Can't afford to cried out loud because of my lousy pride.
Those soundless tears,
It hurts.
Hurts enough to make my heart torn apart. Piercing deeply..deeply..and deeply..
Until my whole body keep trembling..trembling..and trembling..
It hurts but tears keep falling down.
Those soundless night,
Those soundless tears,
I'm hurts.
Sunday, March 22, 2015
Saturday, March 14, 2015
Jauh ke hadapan tak mampu ku capai.
Semakin ku melangkah, semakin kau jauh.
Mengharap kau berpaling, walau cuma seketika.
Hampa.
Masih sama, masih ada.
Dalam hati, masih kau.
Mustahil untuk aku.
Kerana separuh hatiku,
Membencimu.
Manakala separuh lagi hatiku...
Saturday, February 7, 2015
Jehan's Ijab & Kabul
![]() |
| Kiri, Fatin and her husband. Yang kanan tu Me & Reena. (Kinott takde) |
![]() |
| Aku suka overall outfit dia untuk malam berinai ni. |
![]() |
| Cantik kan?? Tenggelam hantaran belah pihak laki tu haaaa~ Hahaha |
Okay, my next entry will be Hari Persandingan Jenab !
Saturday, November 1, 2014
Jika aku berkata 'ya' , mungkin 'tidak' pada hati aku.
Jika aku berkata 'tidak' , mungkin 'ya' pada hati aku.
Untuk jaga hati orang
atau,
Untuk lukakan hati orang.
Dua dua yang aku buat tu,
Aku buat tanpa rela hati.
Friday, October 31, 2014
Bed Night Story
Dalam suasana suram senja tu, aku meminta diri untuk balik ke asrama setelah hampir 2jam bertenggek depan skolah semata mata berborak sakan dengan member. Maklumlah, haritu merupakan hari terakhir kami di sekolah.
Aku berlalu meninggalkan kereta Kamal. Aku sedar yang asrama kini hanya tinggal aku, warden dan Makcik guard. Penghuni lain dah lama balik rumah masing2. Sunyi dan suram keadaan ketika itu. Nak dekat pukul 7 derr. Tapi aku? Tak endah langsung. Org kata, spesis yang tak sensitif dgn keadaan sekeliling.
"Haishhh...nak kena kemas barang lagi..malasnyaaa lahaii..~"
Aku merungut dalam hati sambil menapak longlai anak2 tangga untuk ke tingkat 2 di mana dorm aku terletak. Opss! Pembetulan, dorm member aku sebenarnya. Dorm aku tingkat 3 (atas skali).
Saat ketika aku melalui dorm2 sebelum dorm aku tinggal tu, macam biasa lah.. Tipu kalau takde perasaan cuak. Confirm ada ! Engkau sorang je dekat sebuah asrama yang sunyi dan kau dah sedia maklum betapa kerasnya asrama kau tu. Haaaa, sape tak cuak? Aku pun tak terkecuali. Tapi, macam aku kata tadi, aku spesis yang tak berapa nak sensitif dengan suasana sekeliling.
"Okay2, apa lagi?? Locker dah kosong. Tinggal cadar and selimut je."
Aku mengomel sorang2. Cadar dicapai dan segera dilipat. Masa aku tengah sibuk lipat cadar, satu lembaga hitam tinggi manusia melintas laju depan dorm aku. Sepantas kilat.
"Eh?! Mende tuu?! Cikgu Suria ke?? Makcik guard?? Tapi...apahal plak lah dorg nak lelaju semacam?? Plus, tak pernah lah pulak makcik guard tu nak naik atas ni...macam bentuk lelaki..ahh sudahhh..."
Berbagai andaian yang kepala otak aku ni sibuk menduga2. Yang penting takde yang positif. Semua negatif. Terbantut niat nak bersihkan sikit dorm yang penuh dengan sampah sarap akibat budak2 dorm ni. Dalam aku duk kalut kemas baki2 barang aku, fon bunyi ! Berderau darah aku. Eishh..
"Hello? Haa daddy! Ada mana dah? Bawah? Oh, okay2 iqha turun."
Beg roda ala2 akademi fantasia, baldi dan segala benda alah yang aku bawak tu aku seret skali jalan je. Tak sanggup aku nak toleh2 lagi. Perasaan aku time tu lebih kepada cuak. Bukan takut. Aku boleh berbangga jugaklah dengan hati batu aku ni. Time2 macam ni mudah kawal perasaan. Heh.
Alhamdulillah, aku dah masuk pun dalam kereta. Tepat azan maghrib berkumandang. Cerita belum habis lagi.
Aku text member aku yang memang dah lama jadi penghuni asrama tu pasal kejadian tadi. Dia dengan tegasnya suruh aku balik skarang. Jangan bertenggek lama dekat asrama tu.
"Weyh qaaa! Better kau balik skarang. Tingkat 2 tu memang keras skit. Jangan pergi toilet situ and jangan pergi bilik TV. Tu antara tempat keras lah."
Aku bukan nak cakap apa lah..Tapi ni memang ciskek ! Mana tak nya, aku dah balik rumah baru dia nak bgtau tempat2 yg keras. Masa aku bertapak dekat asrama tu takde lah pulak dia nak cakap. Haduii...
"Kau tau tak, aku smalam tengah2 malam buta pukul 3 pagi boleh pergi duduk stengah jam sorang2 dekat bilik TV tu dalam keadaan gelap tak bukak lampu sebab nak charge fon ! Kau baru nak bagitahu aku skarang?! Hahaha bongokkk!"
Ya..nak kata aku ni berani, tak jugak. Lebih kepada spesis yang tak sensitif dengan keadaan sekeliling. Sekaligus akan menyebabkan tanggapan orang lebih cenderung kata aku ni berani...itu semua taik ayam ye...
Sekian, terima kasih.
Selamat Malam.
Tuesday, September 16, 2014
Mimpi Pelik
Haaaa...Amacam? Menarik bukan mimpi aku ni? Hahahahaha memang sangat merepek. Layan kan jelahh ye~ Itu baru pasal mimpi aku. Ni maksud yang aku google tadi sebab aku rasa macam nak google kan. Takde lah nak percaya sebab aku memang tak percaya pun benda macam ni. Cuma perasaan ingin tahu tu yang menyebabkan aku google. Hahahaha
Let's see..
Kalau ikutkan, biasanya bila kita mimpi pasal ular ni, orang akan kaitkan dengan jodoh. Contoh macam jodoh dah nak sampai lah, lepas ni naik pelamin lah sebab ada yang nak datang meminang, ada orang suka dalam diam lah and etc. Kebiasaannya macam tu lah kalau korang tanya orang2 tua. Tapi, tapi okay. Tapi, ular ni pun selalu jugak dikaitkan dengan sihir dan Jin. Contoh macam ada orang hantar sihir lah, ada yang cuba nak dekat dengan kita melalui ubat guna2 lah, jin berminat dengan kita lah and etc. Haaaa...gerun gua baca bro~ hahahaha
BUDAK KECIL
Itu kalau mimpi ular. Kalau mimpi budak kecil? Haaa, aku tak pernah mimpi budak kecil tau. Ni lah first time aku mimpi budak kecil. Kalau setakat mimpi pasal adik2 aku tu memang selalu lah. Tapi yang ni bukan adik aku. Totally stranger. Hmm, maksud mimpi budak kecil ni aku tengok semuanya macam negatif je =_=' Semua berkenaan sihir dan saka. Aduhh makkk aiii, takleh lagi dahsyat ke apa? hahaha gelak jelahhh~ Kan aku ada cerita pasal aku dukung budak perempuan tu kan, ada lah aku terbaca kalau dukung je takpe jangan sampai bagi dia selak baju kita and nak menyusu. Kalau sampai dia menyusu tu maknanya wakenabebbbb ! Wallahualam.. Haaaa...dalam kes aku ni, nasib tak. Hahahaha
So, moral of the story is, sebelum tidur pergi mandi, cuci kaki bersih2, ambil wudhu', baca doa sebelum tidur. Lepas tu kalau boleh jangan lah keluar rumah time2 maghrib. Hahaha Ni sebab aku balik rumah time2 maghrib lah ni. Lepas tu belum mandi lagi dah terlelap. Alamatnya esok lah baru aku mandi. Hahaha Padan muka kau iqha. Okay lah, itu je yang aku nak share. Apa2 pun, jangan lah terlalu percaya dengan maksud, makna, tafsir or whatever lah yang berkenaan dengan mimpi. Apa2 pun berdoalah semoga dijauhkan daripada perkara yang tak elok. Amin. Okay, Adios !
Sunday, September 14, 2014
Jehan's Engagement Day
| Cantik kan si Jenab ni? (Mohon jangan kembang k Jenab) |
| Turun je si jelitawan ni, tu diaaa~ Macam retis kateko. HAHAHA |
| Her Mom & Dad |
| Three of us. Kurang sorang. Si kinot takde |
| Adik-adik comel |
| Cincin tu main point untuk gambar ni ye. Haha. |
| Mulut tu main point untuk gambar ni. Kah. |
| Dua hati sedang menunggu untuk menjadi SATU |
Saturday, September 13, 2014
Road to Jehan's E-Day
Wednesday, September 10, 2014
Bond, Life and Responsibility
Friday, September 5, 2014
Tips Jadi Customer & Seller Online Shop
- Okay, pertama sekali yang paling penting, kalau TAK YAKIN dengan online shop tu, JANGAN BELI. Senang kacang mee goreng kan? Takyah susah2 nak call penjual tu and cakap kena tipu lah, orang tu nak tipu duit kau lah, service teruk lah, pe jadah lagi alasan dan tuduhan yang tak munasabah. Serious aku cakap, orang yang dengar kau buat tuduhan macam2 tu hanya mampu gelak atas kebodohan kau sendiri. Serious. Tak tipu. -_-'
- Second, bila jadi customer and hadapi masalah2 yang tak dapat nak dielakkan contoh macam: size tak muat, salah filled up alamat (dropship), barang defect, parcel hilang, kredit tak masuk dalam akaun (untuk sesetengah web yang pakai sistem berkredit, and so on, tolong lah, tolong baca TERM & CONDITION yang dah di provide oleh web tu. Tahu tak pentingnya kena baca T&C ni? Dari situ korang akan tahu macam mana nak berurusan dengan pihak penjual tu. Sebab kalau korang tak baca and pastu tiba2 call cakap benda yang bukan masalah besar mana pun, itu kalau korang cakap baik2, kalau korang hangin tak tentu pasal sekali pun, nescaya tidak akan dilayan. Confirm 100% nama korang akan di blacklist. Haa..padan muka.
- ADAB. Hello, mana adab korang? Tolong jaga adab as a customer boleh tak? Tahu tak, bukan korang seorang je tau customer depa tu. Ada beratus-ratus, beribu-ribu customer yang dorang kena layan hari2 tau. Kalau semua customer pun tak beradab, macam mana eh? ni yang rasa nak tumbuk bertubi-tubi ni. Kemon ah, be professional. Kita settle cara baik2. Jangan nak main sound2 orang, tuduh2 orang tanpa bukti yang kukuh. Itu akan menambahkan lagi dosa awak sesama manusia yang awak sound2 tu. Dosa sesama manusia dibawa sampai mati tau kalau awak tak minta maaf and kalau orang yang awak sound tu taknak maafkan awak. Haaa...taktauuuu...tanggunglah sendiri.(kan ustazah dah berceramah kat sini) -_-' Therefore, adab tu tersangatlah penting. Sila kumpul bukti sebelum kemukakan tuduhan awak.
- Okay, sebagai penjual pula kan, benda yang pertama sekali, NIAT. Niat tu biar lah betul. Jangan nak tipu duit orang je. Tak baik tau. macam mana nak maju? Hasad dengki tu tolong lah tolak tepi. Tak guna kacau periuk nasi orang kalau periuk nasi awak sendiri pun tak terjaga. Kita masing-masing ada rezeki masing-masing. Cepat atau lambat je. Jangan gunakan kaedah yang salah untuk cepat kaya. Not fair tau untuk orang2 yang ikhlas nak berniaga ni bila kepercayaan masyarakat makin tipis untuk perniagaan online ni. Taknak lah macam tu sedangkan perniagaan melalui online ni mampu mewujudkan satu peluang yang banyak benefit dia. Haihh...pantang betul lah -_-'
- Second, sebagai penjual pula sila layan customer elok2. Jangan sebab awak busy, awak nak hangin dekat customer bila customer ada masalah and cari awak. Salah tu. Ingat tak pepatah 'CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT' Haaa...customer selalu betul kalau dorang memang betul lah. -_-' Sebab perniagaan secara online ni hanya berhubung melalui telefon tanpa bersemuka. So, sebelum decide yang customer tu betul atau idokkk, sebagai penjual, selidik dulu sebelum awak sendiri yang kena tipu dengan customer tu. Tak memasal rugi...
- Awak adalah penjual, jadi awak sendiri yang kena TETAPKAN PERATURAN yang perlu dipatuhi oleh customer supaya awak tak susah, customer pun tak terpinga-pinga dengan cara awak bekerja. Be serious with your work. Jangan jadi lalang. Sekejap ada jual, sekejap takde jual. Time customer cari, awak tak reply. Bila dah kering baru nak promote barangan awak. Don't be like this. Susah lah kalau macam ni. Fix kan balik jadual awak tu. Susun atur balik masa awak supaya semua yang awak buat seimbang. Awak happy, customer lagi happy. Maklumlah, servis bagus. Peraturan pun tak rumit mana nak ikut. kan kan..? Haaa...
Tuesday, July 22, 2014
Blank Page
Sebab aku dah penat bertepuk sebelah tangan..
Jadi aku nak dengar satu jawapan yang jelas dari dia..
Walaupun dia dah bagi banyak hint.
Aku tahu tu.
Tuesday, April 8, 2014
...
Stop..Just stop saying those words. I don't need that because I don't hold any grudge neither hold any feelings.. Everything disappear the moment you send the text. I am totally GIVE UP on you. It's okay.. No worries. Just go...Just go and pursue your dreams and future because I will do the same thing too..
Yes... I will do the same thing. What's important now is my future. I know it will be hard for me to accept any love again after this.. I know.. Because half of my heart, half of my soul disappear with you..without any trace..without any clue..
Thanks for everything, every lesson, every moment, every memories...
Sunday, November 10, 2013
A Dreams
- Yes, I wish I can travel around the world non-stop (tanpa henti). Hahaha why tanpa henti? Actually maksud aku di sini ialah aku nak travel dari satu negara ke satu negara lain tanpa balik ke Malaysia dulu kerana Malaysia akan jadi destinasi terakhir aku. Contohnya travel satu negara Jepun dulu lepas tu dah habis satu Jepun tu aku teroka sampai ke ceruk pedalaman depa tu, barulah aku travel ke negara Paris, habis teroka Paris, travel ke India pulak. Haa, macam tu lah maksud aku. Tapi kan...untuk berbuat demikian, agak-agak lah kan, berapa tahun pulak kan aku takkan jumpa parents aku. Mau sampai ke tua bangka kan kan? Hahaha Nanti bila balik ke Malaysia balik, mak bapak aku pun dah tak kenal aku macam mana? Haa..tak ke parah macam tu. But, itu cuma Plan A aku. Aku ada Plan B jugak. Plan B aku ni matlamatnya: Kita buat 'slow slow'. Haaa...kalau takleh nak travel terus tanpa balik Malaysia, kita travel pelan pelan. Contoh, tahun ni kita travel ke China dulu. Pastu tahun depan kita travel ke US. Jadikan aktiviti ni aktiviti tahunan yang mesti dilaksanakan. Gitu lah maksud aku. Kalau Plan B ni pun tak mampu nak dilaksanakan, aku ada Plan C. Hahaha Plan C aku gini plak. Travel kalau ada bajet. Dalam hidup kita ni, duit tu penting. Kalau fikir nak travel je, memang mati lah jawabnya. Kan kan? Okay~ Dan disebabkan impian aku yang ni lah yang membuatkan aku nak further study dalam course pelancongan after aku graduate form 6 aku ni. Sebab gua minat bro~ hahaha Doakan jela ye? Amin.
- Ini tak lain tak bukan kes pengaruh TV ni. Hahahaha Tapi best what? Dari kecik lagi aku dah berangan sangat nak jadi spy. Yela, tengok spy-spy dalam TV tu macam cool je, macam macho je, macam style sangat je kan bila tang dorang duk lawan or blasah penjenayah-penjenayah yang berbahaya tu kan. Main tembak-tembak lagi. So aku pun nak jadi macam tu. Jet-jet cool. Hahahaha Okay, macam mana aku nak capai impian aku ni? Looks like impossible je kan? Haaa..kalau nak tahu, impian aku yang ni lah yang membuatkan bila orang tanya aku dah besar nanti nak jadi apa? Aku akan jawab "POLIS". Asal polis pulak? Okay, sebab kalau nak tahu, polis ni ada banyak cawangan. Salah satunya ialah cawangan yang aku aim: Unit Tindakan Khas(UTK)/VAT 69. Haa, unit ni banyak main senjata. Tugas depa pun bahaya gak. Okay, aku cerita sikit pasal UTK ni. UTK ni berada di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, KL. UTK ni pasukan khas PDRM. Dia ditubuhkan selepas Malaysia diserang oleh pengganas Jepun. Kemahiran, senjata, dan taktik or teknik dorang ni semuanya lain daripada apa yang diamalkan dan digunakan oleh pasukan PDRM yang lain. Semuanya special. Okay, untuk VAT 69 ni pulak atau nama lainnya 69 Comando, berpengkalan di Markas Briged Utara Ulu Kinta, Perak. Comando 69 ni merupakan pasukan operasi khas PDRM. Telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment pada tahun 1969 (Sebab tu namanya Comando 69. Diambil sempena tahun 1969 tu). Ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis. 69 Comando ni lebih dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas dalam kalangan PDRM. Nak tahu lebih lanjut? Sila Google k. Hahahaha Cool kan? Nyawa kalau masuk team ni pun sangat cool kan. xD
- Cerita nak jadi pramugari ni memang dah lama sangat aku duk berangan nak jadi. Kes yang sama macam dekat atas ni, berangan dari kecik lagi. Tengok macam best je kan jadi pramugari ni, sorong beg naik flight then terbanggg~ I believe I can fly~ Bajet Awan Dania sikit. Melancong sana sini. Gaji masyukkk..~ hahaha Aku percaya, girl girl di luar sana ramai yang berangan nak jadi pramugari. Yela, pramugari ni kan cantik-cantik belaka. Pakaian pun macam model, seksi dan seksa. Hahahaha Tapi FA MAS Airlines kira sopan lagi lah pakaian dorang. Kebaya...dan ketat. xD Kalau yang melayu nak jadi jugak FA tu, pilih lah MAS ye. Sopan sikit, ayu sikit. Kalau nak pilih yang AirAsia punya tu, atau Firefly ke, korang kena pakai skirt pendek. Nanti orang-orang dalam flight tu duk ngintai-ngintai korang. Haa, faham-faham jela kan bila perempuan dah cantik, pakai pulak seksi, ketat pulak tu. Apa lagi yang nak ditengok kat dalam flight tu kan kalau bukan ehemmm..Fakta okayy. hahaha Kalau aku nak jadi pun aku pilih MAS je. Itu pun kalau aku nak jadi lah kan sebab masa aku habis form 5 dulu, aku pernah dapat call dua kali dari akademi (lupa nama diberi) yang recruit orang untuk jadi cabin crew ni. Katanya ketinggian aku dah sesuai lah apa lah, so mintak aku datang interview. Tapi aku tolak sebab macam tak bersedia lagi nak jadi pramugari ni. So kita tengok jela apa kerjaya aku nanti~
- Kalau dah perempuan tu, tomboi macam mana pun aku, cita-cita nak jadi model pun aku pernah terfikir gak. Hahaha Nak kata cantik tu takde lah. Tapi aku memang ada rupa pun. Kahkahkah (tak malu angkat bakul sendiri) Rupa ada, tinggi pun lepas kot untuk model Malaysia? (kalau berdiri sebelah model matsalleh bagai langit dan bumi agaknya. Pendeknya aku. hahaha), kurus pun kurus. Nak kata figure aku lawa tu, boleh lah jugak kott? Lepas lah jadi model syok sendiri. Hahahaha Sakai. Eeee..taktau malunya lahaiii aku ni. Boleh je nak jadi kalau kita nak tapi kan, aku ni pemalu. Selfcam boleh lah. Kalau nak orang yang tangkap gambar tu macam malu je. Tak payah lah. Lupakan je nak jadi model ni. Hahahahaha
- Aku ni sebenarnya ada je bakat untuk berlakon. Yang ni aku tak tipu lah. Hahaha Aku ingat lagi masa aku sekolah rendah dulu, darjah 4 ke 5 kot tak silap aku, mak aku hantar aku dengan kakak and adik aku pergi uji bakat under artist nama Julie Dahlan tu. Tapi kan, aku dah cakap yang aku ni pemalu kan. Time kecik dulu sifat pemalu aku tu sangat menebal dalam diri aku. Depan camera aku terus jadi kaku masa uji bakat. Hahaha So aku tak terpilih xD Bila dah besaq ni, depan camera macam dah taktau malu je kan. So, boleh difikir-fikirkan kalau nak jadi pelakon di masa akan datang ni. Kalau nak jadi penyanyi tu, toksah cakap lah suara aku memang sedap. Banjir, kilat, puting beliung semua datang jap lagi. Katak-katak pun join aku sekali nanti. xD
- Aku ada bakat melukis. Yang ni pun aku tak tipu. Hahahaha (mana lah tau korang kata aku tipu ke kan) Tapi lukis anime je lah. Hahaha. Kalau ikutkan hati, memang aku boleh pun kalau nak jadi pelukis ni. Bayar masuk kelas melukis untuk asah lagi bakat melukis aku. Tapi, dekat Malaysia ni, kerjaya sebagai pelukis tak berapa sangat. Kalau aku duk luar negara yela kot boleh survive. Hmm..
- Kalau peminat komik Kaoru tu tahu lah komik mana yang aku maksudkan di sini. Hahaha Aku memang minat nak buat kek ni. Lagi-lagi bab nak menghias kek memang aku excited. Tapi kan, aku tak reti lah nak buat kek. Makan aku tahu lah. Kena start dari basic kalau aku nak jadi baker ni. Aku nak jadi baker and bukak kedai bakery yang sangat romantik dan sweet gitu sesuai untuk setiap peringkat umur datang lepak-lepak dekat kedai aku tu. Korang baca komik Kaoru Cake House tu, kedai yang macam tu lah aku nak bukak kalau rezeki aku ke arah situ. Hahahaha Amin.
- Sweet jenis apa ni? Sweet jenis gula-gula lah. Bahasa melayunya, kedai gula-gula yang boleh merongakkan gigi korang, kencing manis pun datang. Hahaha. Kenapa aku nak bukak kedai gula-gula ni? Sebab aku suka gula-gula sebenarnya. Kedai aku tu mestilah grand and penuh dengai pelbagai jenis gula-gula dari seluruh pelosok duniaaaa~ Walaweyhhhh! Berangan tak sudah. Kedai aku ni pun mestilah sesuai di setiap peringkat umur untuk datang membeli. Harga mesti berbaloi terutama untuk event seperti Christmas Day, Valentine day, Hallowen Day, White Day, Mothers Day, Fathers Day, Children Day, Birthday, ke apa ntah lagi day yang sememangnya tujuan depa ni untuk beri hadiah kepada orang yang tersayang. Memang lah day day yang aku sebut di atas ni lebih kepada orang christian yang sambut tapi ingat woii, kita ni di Malaysia. Pelbagai bangsa dan budaya. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, hari-hari seperti berikut adalah peluang keemasan untuk perniagaan aku ni. Ingat, perniagaan aku perniagaan gula-gula. Hari-hari seperti berikut memang banyak guna gula-gula untuk diberi kepada kanak-kanak, kekasih, nenek dan atuk. Kita buat business nak untung. Tak mahu rugi. Kalau rugi kasi tutup saja itu kedai. Hahaha Dan promosi akan ku beri di hari-hari seperti berikut! Ahaa! xD
- Butik aku ni bukan pakaian saja tapi dari hujung rambut hingga hujung kaki, semua aku jual. Hahahaha Aku tak reti nak explain macam mana. Tapi aku taknak butik yang biasa-biasa. Aku punya butik ni kena lain dari yang lain. Hm..















