Tuesday, July 22, 2014

Blank Page

Kepala aku..

Kosong..

Seolah-olah satu muka surat yang penting tiba-tiba hilang ditelan arus masa.. 
Seperti sehelai kertas yang telah dimamah usia..
Kabur..pudar..dan akhirnya hilang..

Aku tak mampu nak fikir apa-apa sekarang ni..
Aku cuma nak luahkan perasaan aku yang aku sendiri tak pasti sedih? kecewa? marah? atau bengang..?
Aku cuma nak hamburkan segalanya sekarang jugak..
Tapi dekat siapa..?
Jehan.

Ya, waktu macam ni aku selalu cari Jehan..
Sebab dia pendengar yang baik..Aku selesa cerita dekat dia..
Tapi..aku tak rasa waktu ni waktu yang sesuai untuk aku cari dia..
Dia tengah darah manis.. Haha.

Reena..Kina..? Diorang pun pendengar yang baik..
Cuma..diorang bab hati dan perasaan ni...Kurenggg.

Nad? Kakak aku...
Dia sendiri pun macam aku. Tak pasti dengan hal-hal macam ni..
Cuma mungkin kalau nak seorang pendengar yang betul-betul baik, boleh cari dia..
Dia layan je kalau dia rasa nak layan..

Hm..so dekat blog jela aku bercerita..

Aku memang dah bersedia yang akhirnya akan jadi macam ni jugak..
Aku dah tahu akan datang saat macam ni..
Aku jugak yang cari nahas..
Konon nak kan kebenaran dan kejujuran dari dia..
Padahal aku dah tahu jawapan dia apa..
Sebab aku dah penat bertepuk sebelah tangan..
Jadi aku nak dengar satu jawapan yang jelas dari dia..
Walaupun dia dah bagi banyak hint.
Aku tahu tu.

Tapi still, perkara ni terus-terusan menyakiti hati aku.
Aku..Aku..fed up.

Aku nekad taknak terlibat dalam perkara yang melibatkan perasaan aku lagi.
Aku taknak terlibat dengan perasaan cinta lagi.
Aku dah serik..

Walaupun hanya sekali je aku rasa perasaan tu, tapi padahnya...
Aku tak sanggup nak tanggung.
Aku tak kisah orang nak kata aku bersikap prejudis terhadap lelaki..
Tapi nampaknya, dalam keadaan aku yang sekarang ni, agak sukar untuk aku bukakan balik hati aku ni..
Itu apa yang aku pasti.

Jadi, sekarang ni, aku perlukan something yang boleh distract diri aku..
Kerja..? Belajar..? or Anything.
Aku sanggup. Apa sahaja aku sanggup buat.
Asal aku lupa semua perkara yang lepas..
Satu ni je yang aku harap.

Muka surat yang kosong ni..
Aku yakin, akan tiba masanya di mana ia dipenuhi semula..
Dengan sebuah kehidupan, harapan dan cita-cita yang telah aku capai.
Ya, masa depan.
Wahai cerita yang baru, aku tunggu kau.