Sunday, November 10, 2013

A Dreams

Yes, I am a DREAMER. I dream a lot of things. What I want to do, what I want to be, where I want to go and with who I want to accomplish my dreams. I believe I'm not the only dreamer in this world. So, today entry is about my dream.. First, allow me to write in malay (lebih afdhal) hahaha. Okay, let's start.


1. Travel around the world non-stop (Traveler wannabe)

  • Yes, I wish I can travel around the world non-stop (tanpa henti). Hahaha why tanpa henti? Actually maksud aku di sini ialah aku nak travel dari satu negara ke satu negara lain tanpa balik ke Malaysia dulu kerana Malaysia akan jadi destinasi terakhir aku. Contohnya travel satu negara Jepun dulu lepas tu dah habis satu Jepun tu aku teroka sampai ke ceruk pedalaman depa tu, barulah aku travel ke negara Paris, habis teroka Paris, travel ke India pulak. Haa, macam tu lah maksud aku. Tapi kan...untuk berbuat demikian, agak-agak lah kan, berapa tahun pulak kan aku takkan jumpa parents aku. Mau sampai ke tua bangka kan kan? Hahaha Nanti bila balik ke Malaysia balik, mak bapak aku pun dah tak kenal aku macam mana? Haa..tak ke parah macam tu. But, itu cuma Plan A aku. Aku ada Plan B jugak. Plan B aku ni matlamatnya: Kita buat 'slow slow'. Haaa...kalau takleh nak travel terus tanpa balik Malaysia, kita travel pelan pelan. Contoh, tahun ni kita travel ke China dulu. Pastu tahun depan kita travel ke US. Jadikan aktiviti ni aktiviti tahunan yang mesti dilaksanakan. Gitu lah maksud aku. Kalau Plan B ni pun tak mampu nak dilaksanakan, aku ada Plan C. Hahaha Plan C aku gini plak. Travel kalau ada bajet. Dalam hidup kita ni, duit tu penting. Kalau fikir nak travel je, memang mati lah jawabnya. Kan kan? Okay~ Dan disebabkan impian aku yang ni lah yang membuatkan aku nak further study dalam course pelancongan after aku graduate form 6 aku ni. Sebab gua minat bro~ hahaha Doakan jela ye? Amin.
2. Malaysia Secret Agent (Spy wannabe)
  • Ini tak lain tak bukan kes pengaruh TV ni. Hahahaha Tapi best what? Dari kecik lagi aku dah berangan sangat nak jadi spy. Yela, tengok spy-spy dalam TV tu macam cool je, macam macho je, macam style sangat je kan bila tang dorang duk lawan or blasah penjenayah-penjenayah yang berbahaya tu kan. Main tembak-tembak lagi. So aku pun nak jadi macam tu. Jet-jet cool. Hahahaha Okay, macam mana aku nak capai impian aku ni? Looks like impossible je kan? Haaa..kalau nak tahu, impian aku yang ni lah yang membuatkan bila orang tanya aku dah besar nanti nak jadi apa? Aku akan jawab "POLIS". Asal polis pulak? Okay, sebab kalau nak tahu, polis ni ada banyak cawangan. Salah satunya ialah cawangan yang aku aim: Unit Tindakan Khas(UTK)/VAT 69. Haa, unit ni banyak main senjata. Tugas depa pun bahaya gak. Okay, aku cerita sikit pasal UTK ni. UTK ni berada di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, KL. UTK ni pasukan khas PDRM. Dia ditubuhkan selepas Malaysia diserang oleh pengganas Jepun. Kemahiran, senjata, dan taktik or teknik dorang ni semuanya lain daripada apa yang diamalkan dan digunakan oleh pasukan PDRM yang lain. Semuanya special. Okay, untuk VAT 69 ni pulak atau nama lainnya 69 Comando, berpengkalan di Markas Briged Utara Ulu Kinta, Perak. Comando 69 ni merupakan pasukan operasi khas PDRM. Telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment pada tahun 1969 (Sebab tu namanya Comando 69. Diambil sempena tahun 1969 tu). Ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis. 69 Comando ni lebih dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas dalam kalangan PDRM. Nak tahu lebih lanjut? Sila Google k. Hahahaha Cool kan? Nyawa kalau masuk team ni pun sangat cool kan. xD
3. Flight Attendant (FA) (Pramugari wannabe)
  • Cerita nak jadi pramugari ni memang dah lama sangat aku duk berangan nak jadi. Kes yang sama macam dekat atas ni, berangan dari kecik lagi. Tengok macam best je kan jadi pramugari ni, sorong beg naik flight then terbanggg~ I believe I can fly~ Bajet Awan Dania sikit. Melancong sana sini. Gaji masyukkk..~ hahaha Aku percaya, girl girl di luar sana ramai yang berangan nak jadi pramugari. Yela, pramugari ni kan cantik-cantik belaka. Pakaian pun macam model, seksi dan seksa. Hahahaha Tapi FA MAS Airlines kira sopan lagi lah pakaian dorang. Kebaya...dan ketat. xD Kalau yang melayu nak jadi jugak FA tu, pilih lah MAS ye. Sopan sikit, ayu sikit. Kalau nak pilih yang AirAsia punya tu, atau Firefly ke, korang kena pakai skirt pendek. Nanti orang-orang dalam flight tu duk ngintai-ngintai korang. Haa, faham-faham jela kan bila perempuan dah cantik, pakai pulak seksi, ketat pulak tu. Apa lagi yang nak ditengok kat dalam flight tu kan kalau bukan ehemmm..Fakta okayy. hahaha Kalau aku nak jadi pun aku pilih MAS je. Itu pun kalau aku nak jadi lah kan sebab masa aku habis form 5 dulu, aku pernah dapat call dua kali dari akademi (lupa nama diberi) yang recruit orang untuk jadi cabin crew ni. Katanya ketinggian aku dah sesuai lah apa lah, so mintak aku datang interview. Tapi aku tolak sebab macam tak bersedia lagi nak jadi pramugari ni. So kita tengok jela apa kerjaya aku nanti~
4. Modelling (Model wannabe)
  • Kalau dah perempuan tu, tomboi macam mana pun aku, cita-cita nak jadi model pun aku pernah terfikir gak. Hahaha Nak kata cantik tu takde lah. Tapi aku memang ada rupa pun. Kahkahkah (tak malu angkat bakul sendiri) Rupa ada, tinggi pun lepas kot untuk model Malaysia? (kalau berdiri sebelah model matsalleh bagai langit dan bumi agaknya. Pendeknya aku. hahaha), kurus pun kurus. Nak kata figure aku lawa tu, boleh lah jugak kott? Lepas lah jadi model syok sendiri. Hahahaha Sakai. Eeee..taktau malunya lahaiii aku ni. Boleh je nak jadi kalau kita nak tapi kan, aku ni pemalu. Selfcam boleh lah. Kalau nak orang yang tangkap gambar tu macam malu je. Tak payah lah. Lupakan je nak jadi model ni. Hahahahaha 
5. Superstar (Retis wannabe)
  • Aku ni sebenarnya ada je bakat untuk berlakon. Yang ni aku tak tipu lah. Hahaha Aku ingat lagi masa aku sekolah rendah dulu, darjah 4 ke 5 kot tak silap aku, mak aku hantar aku dengan kakak and adik aku pergi uji bakat under artist nama Julie Dahlan tu. Tapi kan, aku dah cakap yang aku ni pemalu kan. Time kecik dulu sifat pemalu aku tu sangat menebal dalam diri aku. Depan camera aku terus jadi kaku masa uji bakat. Hahaha So aku tak terpilih xD Bila dah besaq ni, depan camera macam dah taktau malu je kan. So, boleh difikir-fikirkan kalau nak jadi pelakon di masa akan datang ni. Kalau nak jadi penyanyi tu, toksah cakap lah suara aku memang sedap. Banjir, kilat, puting beliung semua datang jap lagi. Katak-katak pun join aku sekali nanti. xD
6. Pelukis Tanah Air
  • Aku ada bakat melukis. Yang ni pun aku tak tipu. Hahahaha (mana lah tau korang kata aku tipu ke kan) Tapi lukis anime je lah. Hahaha. Kalau ikutkan hati, memang aku boleh pun kalau nak jadi pelukis ni. Bayar masuk kelas melukis untuk asah lagi bakat melukis aku. Tapi, dekat Malaysia ni, kerjaya sebagai pelukis tak berapa sangat. Kalau aku duk luar negara yela kot boleh survive. Hmm..
7. Bukak kedai bakery ala-ala dalam Komik Kaoru Cake House (Baker wannabe)
  • Kalau peminat komik Kaoru tu tahu lah komik mana yang aku maksudkan di sini. Hahaha Aku memang minat nak buat kek ni. Lagi-lagi bab nak menghias kek memang aku excited. Tapi kan, aku tak reti lah nak buat kek. Makan aku tahu lah. Kena start dari basic kalau aku nak jadi baker ni. Aku nak jadi baker and bukak kedai bakery yang sangat romantik dan sweet gitu sesuai untuk setiap peringkat umur datang lepak-lepak dekat kedai aku tu. Korang baca komik Kaoru Cake House tu, kedai yang macam tu lah aku nak bukak kalau rezeki aku ke arah situ. Hahahaha Amin.
8. Bukak kedai SWEET! "Welcome to the Sweet World!" (Businesswoman wannabe)
  • Sweet jenis apa ni? Sweet jenis gula-gula lah. Bahasa melayunya, kedai gula-gula yang boleh merongakkan gigi korang, kencing manis pun datang. Hahaha. Kenapa aku nak bukak kedai gula-gula ni? Sebab aku suka gula-gula sebenarnya. Kedai aku tu mestilah grand and penuh dengai pelbagai jenis gula-gula dari seluruh pelosok duniaaaa~ Walaweyhhhh! Berangan tak sudah. Kedai aku ni pun mestilah sesuai di setiap peringkat umur untuk datang membeli. Harga mesti berbaloi terutama untuk event seperti Christmas Day, Valentine day, Hallowen Day, White Day, Mothers Day, Fathers Day, Children Day, Birthday, ke apa ntah lagi day yang sememangnya tujuan depa ni untuk beri hadiah kepada orang yang tersayang.  Memang lah day day yang aku sebut di atas ni lebih kepada orang christian yang sambut tapi ingat woii, kita ni di Malaysia. Pelbagai bangsa dan budaya. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, hari-hari seperti berikut adalah peluang keemasan untuk perniagaan aku ni. Ingat, perniagaan aku perniagaan gula-gula. Hari-hari seperti berikut memang banyak guna gula-gula untuk diberi kepada kanak-kanak, kekasih, nenek dan atuk. Kita buat business nak untung. Tak mahu rugi. Kalau rugi kasi tutup saja itu kedai. Hahaha Dan promosi akan ku beri di hari-hari seperti berikut! Ahaa! xD
9. Bukak butik!
  • Butik aku ni bukan pakaian saja tapi dari hujung rambut hingga hujung kaki, semua aku jual. Hahahaha Aku tak reti nak explain macam mana. Tapi aku taknak butik yang biasa-biasa. Aku punya butik ni kena lain dari yang lain. Hm..

Itu jelah kott stakat ni impian yang aku ada? Hahaha Kemain banyak lagi. Semua aku nak bolot. Tak habis-habis duk berangan nak jadi itu ini. Sebelum tu, apa yang penting mari kita habiskan form 6 ni dulu. Dah lah tengah exam. Final STPM plak tu. Sebok duk berangan! Back to reality, satu lagi impian yang aku tak sebut. Impian untuk buat yang terbaik dalam STPM last ni. Tak mengharapkan straight A sebab aku tahu aku ni macam mana kalau bab study ni. Cukup kalau takde yang failed. Itu sudah memadai bagi aku. Tapi tipulah aku tak berangan nak dapat straight A. Hahaha Whatever~ Terima kasih kerana sudi membaca. Bye.