Friday, September 5, 2014

Tips Jadi Customer & Seller Online Shop

Hai hai, Hello hello,

Okay entry kali ni aku nak ajar sikit lah supaya jadi customer dan penjual yang beradab. Kenapa eh aku buat entry macam ni? Sebab ini lah situasi yang aku kena hadap hari-hari sepanjang aku terlibat dalam bidang ni. -_-' lain manusia lain perangai tau? Good. Here we go:

As a Customer

  • Okay, pertama sekali yang paling penting, kalau TAK YAKIN dengan online shop tu, JANGAN BELI. Senang kacang mee goreng kan? Takyah susah2 nak call penjual tu and cakap kena tipu lah, orang tu nak tipu duit kau lah, service teruk lah, pe jadah lagi alasan dan tuduhan yang tak munasabah. Serious aku cakap, orang yang dengar kau buat tuduhan macam2 tu hanya mampu gelak atas kebodohan kau sendiri. Serious. Tak tipu. -_-'
  • Second, bila jadi customer and hadapi masalah2 yang tak dapat nak dielakkan contoh macam: size tak muat, salah filled up alamat (dropship), barang defect, parcel hilang, kredit tak masuk dalam akaun (untuk sesetengah web yang pakai sistem berkredit, and so on, tolong lah, tolong baca TERM & CONDITION yang dah di provide oleh web tu. Tahu tak pentingnya kena baca T&C ni? Dari situ korang akan tahu macam mana nak berurusan dengan pihak penjual tu. Sebab kalau korang tak baca and pastu tiba2 call cakap benda yang bukan masalah besar mana pun, itu kalau korang cakap baik2, kalau korang hangin tak tentu pasal sekali pun, nescaya tidak akan dilayan. Confirm 100% nama korang akan di blacklist. Haa..padan muka.
  • ADAB. Hello, mana adab korang? Tolong jaga adab as a customer boleh tak? Tahu tak, bukan korang seorang je tau customer depa tu. Ada beratus-ratus, beribu-ribu customer yang dorang kena layan hari2 tau. Kalau semua customer pun tak beradab, macam mana eh? ni yang rasa nak tumbuk bertubi-tubi ni. Kemon ah, be professional. Kita settle cara baik2. Jangan nak main sound2 orang, tuduh2 orang tanpa bukti yang kukuh. Itu akan menambahkan lagi dosa awak sesama manusia yang awak sound2 tu. Dosa sesama manusia dibawa sampai mati tau kalau awak tak minta maaf and kalau orang yang awak sound tu taknak maafkan awak. Haaa...taktauuuu...tanggunglah sendiri.(kan ustazah dah berceramah kat sini) -_-' Therefore, adab tu tersangatlah penting. Sila kumpul bukti sebelum kemukakan tuduhan awak.

As a Seller
  • Okay, sebagai penjual pula kan, benda yang pertama sekali, NIAT. Niat tu biar lah betul. Jangan nak tipu duit orang je. Tak baik tau. macam mana nak maju? Hasad dengki tu tolong lah tolak tepi. Tak guna kacau periuk nasi orang kalau periuk nasi awak sendiri pun tak terjaga. Kita masing-masing ada rezeki masing-masing. Cepat atau lambat je. Jangan gunakan kaedah yang salah untuk cepat kaya. Not fair tau untuk orang2 yang ikhlas nak berniaga ni bila kepercayaan masyarakat makin tipis untuk perniagaan online ni. Taknak lah macam tu sedangkan perniagaan melalui online ni mampu mewujudkan satu peluang yang banyak benefit dia. Haihh...pantang betul lah -_-'
  • Second, sebagai penjual pula sila layan customer elok2. Jangan sebab awak busy, awak nak hangin dekat customer bila customer ada masalah and cari awak. Salah tu. Ingat tak pepatah 'CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT' Haaa...customer selalu betul kalau dorang memang betul lah. -_-' Sebab perniagaan secara online ni hanya berhubung melalui telefon tanpa bersemuka. So, sebelum decide yang customer tu betul atau idokkk, sebagai penjual, selidik dulu sebelum awak sendiri yang kena tipu dengan customer tu. Tak memasal rugi... 
  • Awak adalah penjual, jadi awak sendiri yang kena TETAPKAN PERATURAN yang perlu dipatuhi oleh customer supaya awak tak susah, customer pun tak terpinga-pinga dengan cara awak bekerja. Be serious with your work. Jangan jadi lalang. Sekejap ada jual, sekejap takde jual. Time customer cari, awak tak reply. Bila dah kering baru nak promote barangan awak. Don't be like this. Susah lah kalau macam ni. Fix kan balik jadual awak tu. Susun atur balik masa awak supaya semua yang awak buat seimbang. Awak happy, customer lagi happy. Maklumlah, servis bagus. Peraturan pun tak rumit mana nak ikut. kan kan..? Haaa...

So, itu saja lah yang aku nak bebel sekarang ni. Maklumlah, aku baru je lepas hadap situasi macam ni. I as a seller and ada lah sorang minah tu as a customer yang tak beradab. perggghhhh! hangin aku dibuatnya. I tak penyabar tau orangnya.. Uhuhuhu (u_u) Okay, that's all. Bye.