Tuesday, September 16, 2014

Mimpi Pelik

"Mimpi tu mainan tidur." Ya, memang mainan tidur pun. Lagi2 kalau ada yang percaya dengan maksud mimpi. Contoh macam lepas mimpi je bila korang terjaga tu terus pergi google maksud mimpi. Pastu percaya bulat2. Hahaha Please jangan percaya sangat. Kalau ada yang mimpi buruk tu, berdoalah supaya minta dijauhkan daripada perkara yang buruk. Okay, entry kali ni aku nak cerita sikit lah pasal mimpi aku yang pelik dan aku rasa agak menarik jugak lah untuk di share. Hahaha

Okay, aku mimpi pasal Ular & Budak Kecil Perempuan yang diberi nama 'Hana Zaidi' oleh seorang pemuda yang aku tak kenal? Aduhh..siap ada nama lagi tau. hahaha

Let's start..

Aku berada dalam sebuah rumah yang sunyi..Dalam aku sibuk meneroka rumah tu, tiba2 aku ternampak ada seekor ular sederhana besar sedang memerhatikan aku di luar pintu rumah. Kalau nak diikutkan bentuk ular tu, dia jenis ular tedung. Aku pun apa lagi, aku cuba halau ular tu dengan membaling beberapa benda yang aku sendiri pun tak pasti apa benda yang aku baling kat ular tu? -_-" Lepas tu, dah sibuk baling2 benda kat ular tedung tu, ada pulak sekor ular saiz kecik je gigit kaki aku. Aku pun apa lagi, terus pijak ular kecik tu sampai mati ular tu. =_=" Dah settle dengan ular kecik tu, bila aku toleh balik ke arah pintu, ular tedung tadi tu menjelma jadi seorang budak perempuan kecik yang tengah menangis. Perasaan aku time aku tengah mimpi tu, aku berpendapat budak perempuan ni menangis sebab aku bunuh ular kecik tadi tu. Hmm..mungkin ular kecik tu ada kena mengena dengan dia? Aku pun tak tahu. Lepas tu aku pergi ke ruang tamu rumah tu, tiba2 je ada seorang pemuda tanya "Siapa tu?" dekat aku, bila aku toleh, budak perempuan tu mengekor aku dari belakang. Aku pun dukung lah dia. Aku tanya dia "Nama siapa?" Budak tu geleng2 kepala and jawab "Tak tahu.." Pemuda yang datang dari celah bedah mana tadi tu pun tiba2 je kata "Cuba tengok surat beranak dia." Aku pun agak petak ahh bila dengar dia usulkan cadangan macam tu. Pastu pemuda tadi tu pun pergi cari surat beranak budak perempuan tu. Tak lama lepas tu aku pun ikut cari sama. Budak perempuan tu masih dalam dukungan aku. Dalam pada aku mencari2 surat beranak budak perempuan tu, aku ulang lagi pertanyaan aku dekat dia "Nama siapa? Tak ingat ke?" Belum sempat budak perempuan tu jawab, pemuda tadi tu jerit kata nama budak perempuan tu 'Hana Zaidi'. Bila aku tanya dia dah jumpa ke surat beranak tu, dia kata nama tu dia yang bagi yang bermaksud 'Bunga Zaidi'. Hana=Bunga (dalam bahasa jepun Hana tu bermaksud bunga) Lepas je aku dengan penerangan mamat tu, aku terus toleh ke muka budak perempuan tu. Dia senyum. Dia seolah2 suka dengan nama yang diberi tu. Lepas tu aku terus terjaga dari mimpi pelik tu. Nama 'Hana Zaidi' tu pun melekat dalam kepala otak aku. =_="

Haaaa...Amacam? Menarik bukan mimpi aku ni? Hahahahaha memang sangat merepek. Layan kan jelahh ye~ Itu baru pasal mimpi aku. Ni maksud yang aku google tadi sebab aku rasa macam nak google kan. Takde lah nak percaya sebab aku memang tak percaya pun benda macam ni. Cuma perasaan ingin tahu tu yang menyebabkan aku google. Hahahaha

Let's see.. 



ULAR
Kalau ikutkan, biasanya bila kita mimpi pasal ular ni, orang akan kaitkan dengan jodoh. Contoh macam jodoh dah nak sampai lah, lepas ni naik pelamin lah sebab ada yang nak datang meminang, ada orang suka dalam diam lah and etc. Kebiasaannya macam tu lah kalau korang tanya orang2 tua. Tapi, tapi okay. Tapi, ular ni pun selalu jugak dikaitkan dengan sihir dan Jin. Contoh macam ada orang hantar sihir lah, ada yang cuba nak dekat dengan kita melalui ubat guna2 lah, jin berminat dengan kita lah and etc. Haaaa...gerun gua baca bro~ hahahaha



BUDAK KECIL
Itu kalau mimpi ular. Kalau mimpi budak kecil? Haaa, aku tak pernah mimpi budak kecil tau. Ni lah first time aku mimpi budak kecil. Kalau setakat mimpi pasal adik2 aku tu memang selalu lah. Tapi yang ni bukan adik aku. Totally stranger. Hmm, maksud mimpi budak kecil ni aku tengok semuanya macam negatif je =_=' Semua berkenaan sihir dan saka. Aduhh makkk aiii, takleh lagi dahsyat ke apa? hahaha gelak jelahhh~ Kan aku ada cerita pasal aku dukung budak perempuan tu kan, ada lah aku terbaca kalau dukung je takpe jangan sampai bagi dia selak baju kita and nak menyusu. Kalau sampai dia menyusu tu maknanya wakenabebbbb ! Wallahualam.. Haaaa...dalam kes aku ni, nasib tak. Hahahaha

So, moral of the story is, sebelum tidur pergi mandi, cuci kaki bersih2, ambil wudhu', baca doa sebelum tidur. Lepas tu kalau boleh jangan lah keluar rumah time2 maghrib. Hahaha Ni sebab aku balik rumah time2 maghrib lah ni. Lepas tu belum mandi lagi dah terlelap. Alamatnya esok lah baru aku mandi. Hahaha Padan muka kau iqha. Okay lah, itu je yang aku nak share. Apa2 pun, jangan lah terlalu percaya dengan maksud, makna, tafsir or whatever lah yang berkenaan dengan mimpi. Apa2 pun berdoalah semoga dijauhkan daripada perkara yang tak elok. Amin. Okay, Adios !