Siapa ye yang creepy sangat ni? Ada lah someone ni.. Dah kalau creepy tu of course lah sinonim dengan lelaki kan. hahaha Okay ceritanya begini..
Ada sorang budak dalam kelas aku ni, aku dengan dia ni takde lah rapat mana pun. Kalau tegur pun jarang jarang. So, satu hari tu, in the middle of class, aku dah bosan gila + mengantuk. Aku keluarkan fon dengan harapan kebosanan dan ke-mengantuk-kan aku tu hilang lah. Then aku pun belek belek fon aku tu..Belek punya belek, aku pun jadi lagi mengantuk. (Serious tak guna pun aku keluarkan fon tu sebenarnya.) Aku pun fikir lah aktiviti apa yang boleh hilangkan mood mengantuk and bosan aku ni. (Padahal tengah dalam kelas ni) Mata aku pun melilau cari idea. Fikir punya fikir, aku dapat satu idea yang sememangnya sangat BERNAS. Lagi bernas dari beras Jasmine Super 5 tu. Nak tau apa idea bernas sangat tu? Haaaa, idea untuk mengacau orang. Amacam? Bernas tak? hahaha :D (Aku tau tak bernas langsung sebenarnya) Hm, maksud aku kacau orang ni bukan yang kacau main baling baling kertas, pemadam or kapur dekat orang dalam kelas tu. Maksud aku di sini ialah mengacau orang pakai fon. Well, tak semua budak melayu dalam kelas aku tu tau nombor fon aku. Ada 3 orang budak melayu yang taktau nombor fon aku dan ketiga tiga orang tu adalah lelaki. So, aku pun mintaklah nombor dorang dekat sorang member perempuan aku ni. Dia pun bagi.
Mangsa pertama aku ialah Mr.D. Aku pun text dia "Hai hai." message dah delivered. Aku pun tunggu. Tunggu punya tunggu, dia tak balas pun. Okay, aku pun tertinjau tinjau dekat tempat duduk dia. Tengok muka dia selamber je. Takde respon langsung. Okay, aku dah jadi bosan. Then aku text dia lagi "Balas lah cepat." hahaha (ni kalau aku yang dapat text macam ni mmg dah kena maki hamun dah ni) Okay, aku pun tunggu lagi. Dia still tak balas and muka dia macam takde benda yang berlaku. Okay, aku pun fikir maybe dia ni jenis yang tak melayan text yang datangnya dari strangers. Aku pun dah malas nak kacau dia, so aku pun move to the next person.
Mangsa seterusnya ni lah orang yang creepy tu. Dia Mr.H. Time aku kacau tu aku takde lah rasa dia ni creepy sebab aku pun bukannya kenal sangat dia. Tegur pun tak. Just 'hai hai bye bye' je bila nampak dia. Haaa, back to the point. Aku text lah dia "Hoi hoi." message delivered. Okay aku pun tunggu. Then message masuk. Ayat biasa lah kalau ada nombor yang tak dikenali text kan. "Sape ni?" yang dia hantar. Okay aku pun balas message dia "kau tengah buat apa?" soalan dibalas dengan soalan. hahaha Then tak lama lepas tu, dia balas "Tengah study. Sape ni?" Yang ni aku nak gelak sikit lah sebab dah terang terang dia tengah membuta kat dalam kelas. hahaha. Aku pun balas lah "Kau ingat aku taktau kau tengah membuta?" Then bila message tu dah sampai dekat fon dia, mata dia mula melilau cari siapa yang tengah kacau dia. Time tu aku buat bodoh macam takde apa apa yang berlaku. Tapi, mata dia ada jugak pandang pandang aku. Well, aku memang nak tergelak dah time tu, tahan je lagi ni. Dia pun balas lagi soalan yang sama "Sape ni?" Aku pun balas lah apa2 yang patut. Yang bestnya, sampai dah masa balik dia still taktau siapa yang kacau dia. hahaha
Then, aku move to the next person. Mangsa kali ni memang tak rugi aku kacau dia. Sebab dia ni kelam kelibut sikit budaknya. (budak baik) hahaha Dia ni Mr.M. Kemain seronok lagi aku mengacau dia. Mana taknya, respon dia tu aku boleh nampak depan mata. Tu yang seronok. :D Aku pun text dia "Hei hei." Dia dah baca message tu, muka dia terus pelik. Macam biasa lah ayat "Siapa ni?" yang dibalas. Ouh, lupa nak cakap, dia ni budak sabah. Aku pun balas message dia "Saya ni mek endon sapu sampah. Saya selalu perhatikan kamu." Fuhhhh, dia punya respon lepas baca tu memang tak menahan lah kan. hahaha Then dia lambat balas. Aku pun text dia lagi "Kamu ni sombong ya macam si Mr.D tu." Respon dia memang kelakar aku cakap. Dia punya kepala tu terus aim tempat duduk Mr.D. Then dia pergi dekat tempat duduk Mr.D, gaya dia tu memang sah sah lah dia tengah menanya nombor siapa yang tengah kacau dia tu. Si Mr.D ni plak gaya dia mengatakan yang dia taktau. Memang lagi naik lah tanduk setan aku ni kan hahaha Aku pun kacau dia. Sampai keesokan hari lah dia taktau nombor siapa yang kacau dia tu. kahkahkah xD
Okay, back to the Mr.D, nak tau tak kenapa dia ni tak balas balas message aku? sebab member perempuan aku tu salah bagi nombor. -.-' Okay, aku taktau nombor siapa yang dia bagi tu. hahahaha. Bongok betul.
Untuk Mr.H plak, lepas dah sampai rumah, aku text dia lagi. Tapi kali ni bukan niat nak mengacau, niat aku nak tuntut kuih raya dekat dia. Tetiba time tu aku teringin nak makan kuih samperit. (Kuih feveret~) So, aku pun mintak "Weyh, esok bawak kuih samperit. Aku nak." Aku memang sengaja mengantoikan diri sendiri. Semua member aku dah sedia maklum yang aku ni memang hantu samperit. Haaa, lepas tu, dia terus balas "Ni sape ni? Ni eka ea?" Then, aku pun katalah "Betul lah tu. Aku nak samperit esok bole?" Dia pun balas "Boleh, untuk eka semua boleh." Lepas baca "untuk eka semua boleh." tu aku macam okay2 jelah. Alaaa, member je kan. Then aku memang dah suka gila lah kan dapat samperit esok. hahahah Then aku masih lagi ada mood nak balas2 message dia. Tak lama lepas tu, message dia dah merapu. Aku pun rasa cara dia message aku tu dah lain macam. K, time ni lah aku rasa dia ni creepy. Then, aku pun stop text dia. Malas nak layan. Dia plak sikit sikit nak hantar message. Menakutkan siott. -..-' Sampai malam tak berhenti text aku. Agaknya dia ni dungu kott tak reti reti nak stop. Orang dah tak balas tu stop jela. Bongok.
Okay, yang ni plak pasal Mr.M. Ni dah keesokan harinya. Dia still taktau nombor siapa tu. Aku pun tanya dia "Sudah tau belum aku ini siapa?" sebab aku ada suruh dia tanya Mr.H. Dia pun balas "belum." Then dia pergi tempat duduk si Mr.H. Mr.H dah tau lah aku yang kacau si Mr.M tu. Tapi lepas tu dia tak bagitau siapa. Dia kata dia taktau. Okay, aku harap dia kantoikan aku, tapi sebaliknya plak yang jadi. Aku pun teruskan jelah kacau si Mr.M tu. Last last, aku kantoi time nak balik. Time tu aku borak dengan Ain, Aku cakap pasal hal kacau mengacau ni dekat Ain. Suara aku time tu memang kuatlah. Nama pun dah balik kan? Haaa, lepas tu amik kau, time tengah borak borak tu, aku boleh tak perasan si Mr.D dengan Mr.M betul betul dekat belakang aku. Pergghhhh, kantoi depan dorang plak!! Malu siottt~ Memang aku gelak besar dekat situ jugaklah kan. Dorang pun gelak besar tengok muka terkejut aku. Hahhahahaha Ini memang sangat memalukan. xD Sampai ke esok lah dorang gelak kan aku. K, aku balik yang kena. haha.
Yang pasal Mr.H ni, semenjak dari hari tu sampai ke hari ni, aku langsung dah tak balas text dia. Weyh, serious creepy gila. Aku tak suka cara dia text aku. Benci siott. And, time dekat sekolah plak, layanan dia dekat aku terus berubah. Time rehat, dia tunggu aku. Time nak balik pun dia tunggu aku. Time rehat pun dia kalau boleh nak duduk dekat2 dengan aku. Aku mana nak make eye contact dengan dia. Even dia dekat sebelah pun, aku buat macam dia tak wujud. Selagi boleh mengelak lah aku elak dari dia. Kalau ada chance duduk jauh dari dia pun aku sanggup lah siott pindah tempat duduk. Pi mampos lah dia nak terasa. Dia ni sebenarnya perasan sangat aku suka dia ke apa? Silap besar seyh aku kacau dia. Geli siott. Hmm....K, he can go die. -___-' Well, THE END. (Ouh, kuih samperit tu aku dah dapat and dalam 3 hari dah habis balun. Sangat berterima kasih jugak lah dekat dia.) Dah, menyampah plak aku citer pasal dia ni.